SHAH ALAM, 30 JUL: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggantung persekolahan empat murid dan mengeluarkan surat amaran kepada 14 yang lain susulan pembabitan dalam kes pergaduhan yang tular di media sosial.
PUTRAJAYA, 26 JUL: Akademi Bahas MADANI bakal ditubuhkan secara berperingkat di semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh negara sebagai usaha memperkukuh kemahiran berbahasa dan pengucapan awam dalam kalangan pelajar yang bakal menyertai Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri edisi akan datang.
KUALA LUMPUR, 27 FEB: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) akan sentiasa siap siaga bagi menyediakan prasarana berkaitan peristilahan, khususnya dalam bidang undang-undang.
KUALA LUMPUR, 13 JAN: Kementerian Pendidikan (KPM) memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.
PUTRAJAYA, 2 JAN: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan masih berada di rumah selamat di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
PUTRAJAYA, 2 JAN: Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97 peratus setakat ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
PUTRAJAYA, 19 DIS: Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
BURIRAM, 25 OGOS: Malaysia sentiasa komited untuk meningkatkan kualiti pendidikan digital bersama masyarakat antarabangsa dalam usaha mentransformasikan ekosistem pendidikan di rantau ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
KAJANG, 16 JUN: Jenazah ibu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Mohd Nor selamat dikebumikan pada 2.45 petang di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 16 JUN: Ibu kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 26 MEI: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini melancarkan buku cerita dan ilustrasi bertajuk Yasmin dan Adam yang menumpukan kepada pengenalan sifat keunikan dan keistimewaan kanak-kanak autisme.
KANGAR, 24 MEI: Kementerian Pendidikan (KPM) menumpukan usaha meningkatkan kecekapan guru melalui latihan sewajarnya bagi memastikan golongan pendidik kompeten untuk membimbing pelajar dalam penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
GUA MUSANG, 22 APRIL: Isu keciciran pelajar di kawasan pedalaman khususnya masyarakat Orang Asli telah berjaya dikurangkan susulan penubuhan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11).
KLANG, 26 MAC: Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan ke atas guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, jika siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku.
SHAH ALAM, 13 MAC: Kementerian Pendidikan sedang merangka pelan pembangunan pendidikan baharu bagi menetapkan hala tuju pendidikan negara bagi tempoh 10 tahun bermula 2026.
SHAH ALAM, 13 MAC: Kerajaan tekad untuk terus memartabat dan memelihara taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
LABUAN, 26 JAN: Sebanyak 693 daripada 1,069 sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak telah dibaik pulih, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
PUTRAJAYA, 19 JAN: Kelonggaran pemakaian baju sukan ke sekolah diteruskan untuk sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula Mac ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
PUTRAJAYA, 5 JAN: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang bermula Isnin ini (8 Jan) hingga 7 Mac akan berlangsung seperti yang dijadualkan meskipun Johor menjadi negeri terbaharu dilanda banjir, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.